6/09/2011
Restoran Taman Rinting
Mee Rebus BAIDALI @ Sri Hartamas

Mee Rebus Haji Wahid yang popular di Johor Bahru kini boleh dinikmati di Sri Hartamas di samping Putrajaya। Seorang lagi anak Hj।Wahid, Nasir membuka Mee Rebus BAIDALI di Aji Don Alley, E-1-16 Block E Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas, Taman Sri Hartamas,KL.
pindang, taburan bawang goreng yang disirami dengan kuah pekatan kentang.
6/08/2011
MEE REBUS
Sekiranya Anda ke Johor Bahru, singgahlah ke Food Court Plaza Angsana untuk merasakan sajian khas dari Johor Bahru iaitu Mee Rebus Haji Wahid.
Mee Rebus berharga RM3.50 sepinggan itu diadun khas dengan keropok, tauge, telur pindang, potongan lada hijau, taburan bawang goring disulami dengan perahan limau nipis sekiranya mahu. Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning dan tauge yang disirami dengan kuah pekatan kentang.
Keluarga Haji Wahid memulakan usaha ini sejak 1919. Ia Bermula sejak tiga generasi lalu dari Basid Ali Karam Ali - Wak Baidali yang menjual mee rebus setiap hari dengan menggunakan kandar dua keranjang rotan yang dipikul di sekitar Bukit Zaharah dan Kampung Air Molek.
Pada 1938, anaknya Haji Wahid Basid Ali mengambialih tugasnya dan menjadi satu-satunya penjual mee rebus di antara penjual sate di Satay Club, di seberang stasiun KTM Johor Bahru.
Pada 1978, Haji Wahid berpindah ke terminal bus Jalan Terus sementara anaknya Haji Halim, membuka kedai Mee Rebusnya pada sebelah petang di Tepian Tebrau.
Gerai Mee Rebus di Plaza Angsana dibuka pada tahun 1997.
Tujuh daripada 12 anak Haji Wahid dan dua cucunya melanjutkan perniagaan ini di Taman Rinting, Larkin Market food Court, Kampung Melayu dan di sebelah masjid Kolam Air. Cawangan di luar Johor yang diusahakan oleh anak-anak Haji Wahid ialah di Presint 9,Putrajaya di bawah pengurusan Zainal, di Section 24 Shah Alam oleh Yassin yang dahulunya berniaga di Tepian Tebrau, JB, dan di Sri Hartamas yang diusahakan oleh Nasir yang dahulunya berniaga di Komplek Kotaraya, J.Bahru.